Di bawah adalah koleksi video tutorial cara nak buat website dengan mudah. Sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi kami. Kami juga menerima upah untuk bina website.
Perkara pertama sebelum anda bina website, anda perlu ada Hosting & Domain. Saya dapatkan hosting dan domain yang murah dan servisnya pon terbaik. Hanya RM60/setahun. KLIK SINI untuk dapatkan hosting & domain.
cPanel ni adalah tempat dimana semua file-file website anda di simpan. Tiada cPanel ni, tak dapat la anda nak Live kan website anda.
Di cPanel tadi, kita akan install wordpress. WordPress ni adalah Content Management System (CMS). Dimana CMS ni memudahkan kita untuk manage website kita dengan disediakan Theme, Plugins dll.
Sesetangah Theme kita boleh edit-edit dia hanya guna left-side-panel yang disediakan. Jadi ikut saja apa yang dia bagi untuk kita ubah. Lain theme, lain cara dia. Jangan lupa pilih Template “FrontPage” di Page Attributes. Rujuk Video bawah sekali kalau masih tak faham.
Page ni lebih sesuai untuk kita guna sebagai Page di dalam website kita. Contoh di Menu Bar ada list-list page yang kita buat seperti “HOME”, “ABOUT US”, “CONTACT US” dan lain-lain. Lain kata Content website kita ni adalah static, maksudnya contentnya tidak berubah.
Post kebiasaannya digunakan bila kita ada nak tulis sesuatu topik. Macam kita nak tulis blog harian/mingguan. Jadi lebih sesuai gunakan Posts.
Di tutorial ni saya terangkan macam mana kita nak handle Menus. Ya menu bar yang ada HOME, CONTACT US semua tu. Itu semua kita boleh custom nak letak page apa saja yang kita nak. Yang nak hide kita hide (macam page ni tiada dalam menu bar website), yang nak bagi nampak, kita bagi.
Anda mungkin ada kawan/bisnes partner yang nak handle website bersama, jadi anda boleh add user untuk bina website bisnes anda bersama-sama.
Dapatkan Elementor Pro untuk lebih banyak widgets yang boleh digunakan.
Plugins ni macam accessories untuk wordpress. Jadi kelebihan plugins ni adalah kita boleh cari apa yang kita nak untuk website. Contohnya seperti Form, Builder, Slider. Saya cadangkan anda install plugins Elementor sekarang.
Ini adalah cara SIMPLE TRICK yang anda boleh buat supaya website anda nampak ala-ala website eCommerce. Yup tak perlukan borang order. Anda hanya perlu gunakan plugin Elementor
Anda mungkin seorang yang creative dan nak design sendiri website. Yup tak jadi masalah dengan gunakan Plugins Elementor yang saya cadangkan ni. Pstt, nak mudah? Anda pergi cari website yang anda berkenan, anda tiru je. Tak susah pon drag & drop kan?
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah / pertanyaan / masih buntu. Anda boleh hubungi kami. Kami cuba bantu anda.